Ferdinand Blumentritt | |
---|---|
Lahir | 10 September 1853 Prague, Empayar Austria-Hungary |
Meninggal dunia | September 20, 1913 Litoměřice, Republik Czech | (umur 60)
Pekerjaan | Pengarang, pensyarah, etnografi |
Warganegara | Czech |
Ferdinand Blumentritt (10 September 1853, Prague – 20 September 1913, Litoměřice), ialah seorang pengajar dan guru besar sekolah menengah di Litoměřice, pensyarah, dan pengarang rencana-rencana dan buku-buku tentang Filipina dan etnografinya. Lantaran beliau terkenal di Filipina sebagai kawan rapat kepada pejuang bangsa Filipina, José Rizal, maka surat-surat yang banyak antara mereka berdua menjadi bahan rujukan penting bagi ahli-ahli sejarah dan ilmuwan yang mengkaji Rizal.[1]